Enjin adalah nadi untuk sesebuah kenderaan. Komponen-komponen enjin pula majoritinya menggunakan bahan-bahan keluli yang melakukan pergerakan tertentu setiap kali enjin beroperasi. Pergerakan komponen-komponen ini akan menghasilkan tekanan dan haba yang akan mengakibatkan kehausan pada komponen-komponen yang bergeser. Jadi, untuk meminimumkan masalah ini, minyak pelincir digunakan.
Secara asasnya, minyak pelincir akan berfungsi menyerap tekanan dan geseran yang boleh menyebabkan kehausan komponen-komponen enjin. Selain daripada cecair penyejuk dan pengaliran udara, minyak pelincir juga turut memainkan peranan utama dalam fungsi pengawalan dan penyerapan haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Enjin-enjin yang berkapasiti lebih kecil (seperti motosikal 4 lejang) akan bergantung semaksimum mungkin kepada minyak pelincir dalam mengawal suhu enjin, selain daripada aliran udara.
*Mengenali API dan SAE
'API' adalah singkatan kepada 'American Petroleum Institute' (Institut Petroleum Amerika). Ia adalah sebuah badan yang mewakili industri petroleum dalam penggalian, pengeluaran, penghantaran, penapisan dan pemasaran. Ia juga bertanggungjawab dalam bidang kaji selidik dan pengkelasan produk petroleum. Pengeluar-pengeluar minyak pelincir akan merujuk kepada piawaian 'API' untuk menentukan kelas dan gred minyak pelincir keluaran mereka.
Klasifikasi API adalah berbeza antara petrol dan diesel:
Petrol – Abjad ‘S’ bermaksud Kategori Servis atau lebih mudah di fahami sebagai Percikan palam pencucuh, di susuli lain-lain abjad melambang kod standard antarabangsa. SM adalah gred terkini, dimana kualiti grednya bersesuaian untuk enjin kenderaan tahun 2000 dan ke atas mengatasi gred SL dan SG.
Kategori | Status | Servis |
SM | Terkini | Untuk kegunaan semua jenis enjin terkini, kenderaan lama sila rujuk manual kenderaan. Diperkenalkan pada November 2004. SM direka khas untuk ketahanan pengoksidaan, perlindungan deposit dan perlindungan prestasi pada suhu rendah agar hayat enjin lebih lama. SM juga dirujuk sebagai Energy Conserving iaitu penjimatan penggunaan minyak petrol. |
SL | Terkini | Untuk kegunaan semua jenis enjin terkini, kenderaan lama sila rujuk manual kenderaan. Diperkenalkan pada tahun 1998. |
SJ | Lama | Untuk kegunaan semua jenis enjin terkini, kenderaan lama sila rujuk manual kenderaan. Diperkenalkan pada tahun 1996. |
SH | Lama | Untuk kegunaan enjin tahun 1996 dan lama. |
SG | Lama | Untuk kegunaan enjin tahun 1993 dan lama. |
SF | Lama | Untuk kegunaan enjin tahun 1988 dan lama. |
SE | Lama | Untuk kegunaan enjin tahun 1979dan lama. |
SD | Lama | Untuk kegunaan enjin tahun 1971 dan lama. |
SC | Lama | Untuk kegunaan enjin tahun 1967 dan lama. |
SB | Lama | Untuk kegunaan enjin lama. Sila rujuk manual dari kilang kenderaan anda. |
SA | Lama | Untuk kegunaan enjin lama yang tiada prestasi diperlukan. Sila rujuk manual dari kilang kenderaan anda. |
Diesel- Abjad ‘C’ bermaksud Kategori Komersial atau nyalaan mampat. CH adalah gred yang terkini atau lebih dikenali sebagai CH-4. Sehingga kini gred CF paling popular dikalangan pengguna enjin diesel.
Kategori | Status | Servis |
SM | Terkini | Untuk kegunaan semua jenis enjin terkini, kenderaan lama sila rujuk manual kenderaan. Diperkenalkan pada November 2004. SM direka khas untuk ketahanan pengoksidaan, perlindungan deposit dan perlindungan prestasi pada suhu rendah agar hayat enjin lebih lama. SM juga dirujuk sebagai Energy Conserving iaitu penjimatan penggunaan minyak petrol. |
SL | Terkini | Untuk kegunaan semua jenis enjin terkini, kenderaan lama sila rujuk manual kenderaan. Diperkenalkan pada tahun 1998. |
SJ | Lama | Untuk kegunaan semua jenis enjin terkini, kenderaan lama sila rujuk manual kenderaan. Diperkenalkan pada tahun 1996. |
SH | Lama | Untuk kegunaan enjin tahun 1996 dan lama. |
SG | Lama | Untuk kegunaan enjin tahun 1993 dan lama. |
SF | Lama | Untuk kegunaan enjin tahun 1988 dan lama. |
SE | Lama | Untuk kegunaan enjin tahun 1979dan lama. |
SD | Lama | Untuk kegunaan enjin tahun 1971 dan lama. |
SC | Lama | Untuk kegunaan enjin tahun 1967 dan lama. |
SB | Lama | Untuk kegunaan enjin lama. Sila rujuk manual dari kilang kenderaan anda. |
SA | Lama | Untuk kegunaan enjin lama yang tiada prestasi diperlukan. Sila rujuk manual dari kilang kenderaan anda. |
Sementara 'SAE' pula adalah singkatan kepada 'Society of Automotive Engineers' (Persatuan Jurutera Automotif). Ia adalah sebuah badan yang terlibat secara langsung dalam kaji selidik berkenaan sesuatu produk yang berkaitan dengan industri automotif termasuklah minyak pelincir.
*Gred Minyak Pelincir
Minyak pelincir untuk sesebuah enjin kenderaan terbahagi kepada dua kategori, iaitu 'monograde' (gred tunggal) dan multigrade (pelbagai gred). Minyak pelincir 'monograde' adalah minyak pelincir yang hanya mempunyai satu kelikatan tunggal (samada semasa sejuk atau panas). Harga minyak pelincir jenis ini adalah lebih murah berbanding minyak pelincir 'multigrade' dan biasanya digunakan untuk kenderaan/jentera berat dan lasak atau untuk enjin kenderaan ringan yang telah berusia. Kadar kelikatan SAE 40 adalah sangat popular yang terdapat dipasaran hari ini.
Sementara minyak pelincir jenis 'multigrade' pula bermaksud, sesuatu minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang boleh berubah daripada lebih cair semasa suhu sejuk kepada lebih pekat apabila kepanasan suhu meningkat. Kos pengeluaran minyak pelincir jenis 'multigrade' ini lebih tinggi berbanding minyak pelincir jenis 'monograde' tadi. Selalunya, minyak pelincir 'multigrade' dapat dikenal pasti daripada label yang tertera pada botol / bekas minyak pelincir tersebut.
Minyak pelincir 'multigrade' adalah dirujuk dengan 2 kadar kelikatan. Contohnya; SAE 10W/30, SAE 15W/50, SAE 20W/50 dan sebagainya. Konsonan W adalah bermaksud Winter @ Wet iaitu kadar kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk. Di negara-negara bermusim sejuk / salji, minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah adalah sangat penting bagi memudahkan enjin kenderaan dihidupkan. Manakala angka selepas tanda palang adalah bermakna kadar kelikatan sesuatu minyak pelincir itu apabila suhu enjin panas. Semakin besar angka tersebut, semakin tinggi daya tahan minyak pelincir itu terhadap kepanasan suhu operasi enjin.
Walaupun di Malaysia tidak mempunyai musim salji, minyak pelincir 'multigrade' ini juga turut memainkan peranan dan ia juga telah menjadi satu standard yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan. Anda boleh merujuk kepada Buku Panduan Pemilik yang biasanya dibekalkan oleh setiap pengeluar kenderaan. Untuk kegunaan di Malaysia, penggunaan minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang lebih tinggi semasa enjin panas adalah lebih digalakkan. Ini kerana majoriti pemandu-pemandu di bandar-bandar besar di negara ini biasanya menghadapi masalah kesesakan lalu-lintas. Apabila kenderaan terhenti-henti, sistem penyejukan enjin yang biasanya mengharapkan kepada bantuan pengaliran udara akan menjadi kurang efisien. Kadar suhu operasi enjin akan meningkat dan pada masa inilah minyak pelincir akan memainkan peranan dalam membantu menyerap haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Minyak pelincir yang mempunyai gred API yang lebih tinggi biasanya akan berfungsi lebih baik.
MAXOIL MINYAK BERKUALITI PADA HARGA DISKAUN |
Nota: Untuk keterangan lebih lanjut mengenai pertubuhan-pertubuhan ini, sila lawat laman web http://www.api.org/ dan http://www.sae.org/ .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan